3(1)(1)

SEMPORNA, 21 JUN – Biro Kebersihan dan Keceriaan JKR Semporna, yang diketuai oleh Mohamad Felani Mursid bersama setiap kakitangan mengadakan program gotong-royong untuk membasmi nyamuk denggi.

Objektif utama program ini adalah untuk mengekalkan kebersihan kawasan persekitaran dan luar pejabat, mencegah pembiakan nyamuk, memupuk kerjasama dan mengeratkan hubungan di antara kakitangan. Seramai 22 orang kakitangan bekerjasama dengan pihak Globinaco membersihkan kawasan pejabat khususnya kawasan parit dan longkang.

Jurutera Daerah Semporna, Ir. Lim Dixon, menyatakan penghargaan dan terima kasih di atas penglibatan setiap kakitangan dalam program tersebut. Menurut beliau, program seperti itu akan diteruskan sebagai aktiviti bulanan pejabat demi mencapai tahap kebersihan yang maksimum.

About The Author