1

SEMPORNA, 25 JUN – Biro Keselamatan JKR Semporna, diketuai oleh Sonny Mohd Bangsahan bersama kakitangan JKR Semporna telah mengikuti latihan kebakaran yang dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Semporna.

Program itu bertujuan untuk memberi kesedaran akan bahaya kebakaran, memberi panduan dan tatacara penggunaan alat pemadam api dan meningkatkan tahap kesedaran dalam mencegah kebakaran. Pasukan Bomba dan Penyelamat disertai oleh lapan (8) orang yang diketuai oleh Ramlee Awang Ismail, Musliady Masiraji, Muhamad Fazri Absarin, Mohd Irwansyah Sahidol dan empat orang anggota turut sama membantu.

Semua kakitangan berpeluang mempraktikkan tatacara memadam api dengan betul secara bergilir mengikut unit masing -masing. Penyampaian cendera kenangan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Semporna diadakan setelah selesai program.

About The Author