4

PENAMPANG, 28 JUN – Pemeriksaan dan Mesyuarat Tapak Projek Pembaikan Struktur Bangunan Sekolah SK Kibabaig, Penampang telah diadakan di tapak projek bagi tujuan pemantauan pelaksanaan projek.

Pelaksanaan projek ini telah dimulakan pada 6 November 2023 dengan tempoh pembinaan selama 18 bulan. Projek ini dijangka siap pada 7 Mei 2025.

Pelaksanaan projek ini telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 35.70% berbanding jadual sebanyak 46.76%.

Jurutera Daerah JKR Penampang, Ts. Mohd Fauzi Zikiri yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berharap agar pelaksanaan projek ini dapat berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan.

Turut hadir Jurutera Kanan Mekanikal dari JKR Bandaraya, Ts. Maryani Mokhtar, Jurutera dari Cawangan Kejuruteraan Awam Struktur, Ir. Michelle Jean Michael, Penolong Jurutera JKR Penampang, Alexander Dionysius, Kontraktor Utama dari Pertama Bumimega Sdn. Bhd, wakil dari Pegawai Pendidikan Daerah Penampang, YDP PIBG SK. Kibabaig dan wakil dari pihak Sekolah Kebangsaan Kibabaig.

About The Author