LAHAD DATU, 11 JUL – Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Fuad bin Hassan selaku Penolong Pegawai Tadbir, Cawangan Sumber Manusia, dan dibantu oleh dua pegawai lain iaitu Jeludin dan Hayati dari Unit Rekod, Ibu Pejabat JKR. Selain itu, mesyuarat ini juga disertai oleh Ketua Kerani, Muhammad Sulung @ Malik bin Mansah serta beberapa kakitangan JKR Lahad Datu yang terlibat dengan arkib dan juga rekod jabatan.

Antara objektif mesyuarat ini ialah membincangkan dapatan lawatan dari Unit Rekod pada tahun 2023, mengenal pasti dan memeriksa kembali senarai rekod yang perlu dilupus, terutamanya rekod-rekod yang berhubung kait dengan akaun dan memberi penerangan tentang tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan oleh JKR Lahad Datu selepas mesyuarat dilaksanakan.
Pihak Unit Rekod sempat mengambil gambar semasa melakukan lawatan ke Bilik Arkib, Bilik Fail dan Stor Penyimpanan untuk tujuan laporan.


Secara keseluruhannya, mesyuarat ini merupakan langkah yang proaktif untuk menyelesaikan masalah lambakan fail lama, memastikan Bilik Arkib dan Bilik Fail tersusun dan memberi ruang kepada jabatan untuk memasukkan fail baharu.
