PENAMPANG, 29 – 30 JUL – Bengkel Pengurusan Pelupusan Rekod dan Fail telah diadakan di JKR Daerah Penampang yang berlangsung selama dua (2) hari.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Tadbir dari Cawangan Sumber Manusia, Fuad bin Hassan dan dibantu oleh pegawai dari Unit Rekod, Ibu Pejabat JKR iaitu Jeludin dan Hayati.

Seramai 14 orang peserta dari JKR Daerah Penampang yang telah menghadiri sesi taklimat tersebut.


Jurutera Daerah JKR Penampang, Ts. Mohd Fauzi Zikiri dalam kata-kata aluan menyatakan bahawa objektif penganjuran bengkel ini diadakan adalah untuk menambah pengetahuan dan meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pelupusan rekod dan fail serta memberikan pendedahan kepada peserta berkenaan dengan peraturan dan prosedur yang perlu dijalankan dalam pengurusan pelupusan rekod dan fail.

