1

PITAS, 31 JUL – Berlangsungnya satu (1) Mesyuarat Penyelarasan Program Lawatan Rasmi YB Datuk Ir. Shahelmey bin Yahya, Menteri Kerja Raya Sabah di bilik mesyuarat JKR Pitas.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Mohammad Hazizul bin Ismail selaku Jurutera Daerah Pitas dan ahli mesyuaratnya terdiri daripada Kementerian Kerja Raya Sabah, serta berapa jabatan yang terlibat antaranya Jabatan Air, Pejabat Daerah, dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat.

Objektif utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan tentatif perjalanan Lawatan Rasmi Menteri Kerja Raya Sabah yang bakal diadakan pada 10 Ogos 2024, serta persediaan yang perlu dilaksanakan oleh pihak yang terlibat.

About The Author