13

PAPAR – SIPITANG, 3 & 4 SEP – Satu lawatan pemeriksaan bangunan telah diadakan melibatkan daerah Papar dan Sipitang.

Lawatan pertama diadakan di Bangunan Suruhanjaya Koperasi Malaysia Daerah Papar, diikuti lawatan kedua di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Limauan, Kimanis.

Hari kedua lawatan diteruskan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pengiran Omar II, di daerah Sipitang.

Lawatan pemeriksaan tersebut bertujuan meninjau keadaan bangunan serta melaksanakan pemeriksaan berkaitan bagi memastikan kemudahan berada dalam keadaan baik dan selamat.

Hadir sama, Cawangan Senggara Bangunan, Cawangan Kejuruteraan Awam Struktur, JKR Papar dan JKR Sipitang.

About The Author