1

KOTA MARUDU, 3 SEP – Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Marudu telah mengadakan Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih dan Sambutan Hari Malaysia 2026 bagi meraikan serta memberikan penghargaan kepada Ketua Unit Akaun, Zuhaimin bin Ramlie, yang akan berpindah ke Pejabat Daerah Kota Marudu.

Dalam ucapannya, Jurutera Daerah JKR Kota Marudu, Ir. Ts. Gs. Mohd Fauzi Zikiri, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Zuhaimin atas segala jasa, sumbangan, kerjasama dan komitmen yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di JKR Kota Marudu.

Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam meneruskan amanah dan tanggungjawab di tempat baharu, serta berharap segala pengalaman dan kenangan sepanjang berkhidmat di JKR Kota Marudu akan terus menjadi sebahagian daripada perjalanan kerjaya beliau.

Pada masa yang sama, JKR Kota Marudu turut mengadakan Sambutan Hari Malaysia 2026 yang diserikan dengan penganjuran Pertandingan Keceriaan Pejabat sebagai salah satu usaha untuk memupuk semangat kekitaan, kreativiti dan kerjasama dalam kalangan warga kerja.

Bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme, para kakitangan turut bersama-sama menyanyikan lagu-lagu patriotik dalam suasana penuh semangat dan kebersamaan.

Ir. Ts. Gs. Mohd Fauzi Zikiri turut merakamkan penghargaan kepada seluruh Jawatankuasa Penganjur yang diketuai oleh Jurutera Kerja, Ts. Christine Madatang, serta kerjasama seluruh warga kerja JKR Kota Marudu atas komitmen, dedikasi dan usaha yang telah diberikan dalam menjayakan majlis tersebut.

Turut hadir ialah Jurutera Kerja, Aron, Penolong Jurutera Kanan, Ahmad Mahmud, Awang Zainal dan Muhammad Safri, ketua-ketua unit, penolong-penolong jurutera serta seluruh warga kerja JKR Kota Marudu.

About The Author