KOTA KINABALU, 02 OGOS – Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah I, Datuk Limus Jury, telah merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JKR Sabah bagi tahun 2023 yang dilaksanakan di Magellan Sutera Resort, Sutera Harbour.

Dengan membawa tema, Accountability And Responsibility Lead To Things Being Done Right And On Time, seramai 119 Pesara, 56 Employee Of The Year dan 80 Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang diraikan dalam majlis itu.



Anugerah Pengurusan Tapak Kerja dan Pembinaan Projek Tahun 2024 (Kategori Pegawai Penguasa), dianugerahkan kepada Jurutera Daerah Ranau, Ir. Alvonna@Farhanah Jammy. Seterusnya untuk Kategori Koordinator Projek, dianugerahkan kepada Ketua Penolong Pengarah Cawangan Cerun, Hj. Shahminan bin Bakar dan Anugerah Tadbir Urus Rekod Terbaik 2024 disampaikan kepada Jabatan Kerja Raya Papar.



