4

PENAMPANG, 27 OGOS – Jurutera Daerah Penampang, Ts. Mohd Fauzi Zikiri telah mempengerusikan Mesyuarat Kakitangan JKR Penampang Bil.5/2024 yang dihadiri oleh warga kerja JKR Penampang.

Dalam ucaptama pengerusi, Ts. Mohd Fauzi Zikiri mengalu-alukan kehadiran pelatih industri, Shaun Metho Floyd yang merupakan penuntut UiTM dalam Diploma In Building Technology yang akan menjalani latihan industri di JKR Penampang selama 6 bulan.

Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 iaitu Mohd Faizal Bin Mohd Aslie dan Mohd Mahamadi Bin Yacob.

Selain itu, beliau juga mengucapkan tahniah kepada dua (2) pegawai yang mewakili JKR Sabah dalam Karnival Sukan JKR Se-Malaysia 2024 iaitu Ilbertus dan Mohd Mahamadi.

Beliau juga turut mengingatkan agar semua kakitangan dapat menunjukkan prestasi kerja terbaik dan mengekalkan semangat kerja berpasukan dalam melaksanakan tugas.

About The Author