SIPITANG, 24 OGOS – JKR Sipitang menjadi salah satu jabatan yang melibatkan diri secara langsung bagi menjayakan Program Konvoi Bermotorsikal Sempena Ulang Tahun Ke-71 Kelahiran Rasmi TYT ke daerah Sipitang.

Majlis bermula pada jam 10.30 pagi, ketibaan rombongan konvoi bermotorsikal di Masjid Imam Hj Awang Hashim untuk merasmikan bilik VIP dan sesi bergambar. Seterusnya, rombongan dijangka bertolak ke Masjid Sahabat Sindumin – Merapok pada jam 11.00 pagi bagi perasmian Masjid Sahabat Sindumin – Merapok disusuli dengan penyerahan sumbangan kepada golongan Asnaf.

Majlis seterusnya disambung pada jam 8.00 malam di Dewan Serbaguna Sipitang. Majlis ini dimeriahkan dengan persembahan tarian, penyerahan Jalur Gemilang, penyampaian cenderamata kepada tetamu VIP dan persembahan nyanyian.

Melalui majlis ini, hubungan baik bersama rakyat Sabah dapat dikukuhkan lagi khususnya di daerah Sipitang. Sifat kerjasama dan kepimpinan dapat dipupuk dalam kalangan kakitangan yang terlibat.
