IMG_2512

KOTA KINABALU, 07 OKT – Kerajaan memperuntukkan hampir RM40 juta bagi melaksanakan pelbagai projek infrastruktur awam di Sabah termasuk pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Fasa 1A dan Fasa 1B.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata terdapat projek infrastruktur di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) yang melibatkan 47 projek pembinaan jalan raya, jambatan dan bangunan, 200 projek infrastruktur desa dan wilayah, 200 projek sekolah daif dan 41 projek klinik serta hospital.

“Projek ini dikendalikan KKR dan Kementerian Kewangan serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah untuk manfaat negeri ini,” katanya dalam sidang media sebaik sahaja selesai lawatan kerja ke JKR Sabah.

Sebelum mengakhiri sidang media tersebut, beliau turut mengingatkan kepada setiap pengguna jalan raya untuk memuat turun aplikasi MYJalan KKR agar orang awam dapat membuat aduan kerosakan jalan raya supaya dapat dibaik pulih dengan segera.

About The Author