KOTA KINABALU, 04 OKT – Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah menyempurnakan dan menyerahkan Projek Pembinaan Jalan Masuk Utama ke Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sabah (HUMS) sejauh 1.5 KM kepada Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Mustapha Sakmud.

Projek pembinaan itu telah bermula pada 15 Mac 2021 dan dikendalikan oleh JKR Malaysia dengan kerjasama JKR Sabah sebagai Pegawai Penguasa Projek.
“Projek ini akan memberi manfaat kepada semua pengguna jalan raya dan HUMS”, katanya dalam sidang media selepas sesi penyerahan projek pembinaan tersebut.

Projek pembinaan itu berupaya menambah baik dan meningkatkan aksesibiliti rakyat kepada fasiliti kesihatan yang disediakan serta mengurangkan kesesakan aliran trafik jalan dalaman UMS selain menjimatkan masa perjalanan ke HUMS.


