IMG_2947

KEPAYAN, 23 OKT – Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Kerja Raya Sabah telah melakukan lawatan ringkas ke Cawangan Institut Latihan untuk melihat Jurutera-jurutera Profesional menduduki Peperiksaan Kompetensi Profesional (PCE).

Sebanyak 18 orang calon terdiri daripada amalan Sivil, 10 orang  daripada amalan Mekanikal dan seorang daripada amalan Kimia yang menduduki peperiksaan tersebut. Untuk memohon Sijil Amalan, setiap Jurutera Profesional mesti menduduki dan lulus Peperiksaan Kompetensi Profesional (PCE) dalam bidang amalan yang berkaitan.

About The Author