1

SEMPORNA, 30 OKT – Jurutera Awam, Philonia Raubin Gampilok dan Penolong Jurutera, Nurul Hidayah Minduru dari Cawangan Audit Dalam, Piawaian dan Kualiti telah mengadakan pengauditan / lawatan tapak yang bermula pada 29 hingga 30 Oktober berkenaan aset projek di JKR Semporna.

Lawatan tapak pertama adalah projek Jalan Kg. Baru, di bawah seliaan Penolong Jurutera, Rozaynah Yahyah dan projek Jalan Gading-Gading, yang berada di bawah seliaan Penolong Jurutera, Mohd Fellani Mursid.

Seterusnya, pengauditan terhadap projek Gantian 14 Unit Bilik Darjah di SK Bubul Semporna yang berada dibawah seliaan Penolong Jurutera, Nur Adzia Dzulkarnain.

Turut sama mengiringi rombongan audit tersebut Jurutera Daerah Semporna, Ir. Lim Dixon Amando, kakitangan dan pelajar Latihan Industri JKR Semporna.

About The Author