5

KOTA KINABALU, 09 Nov – Cawangan Penyenggaraan Jalan telah menganjurkan Team Building Program – RM Paintball Battle 2024 di Padang Paintball KKPC, Likas yang dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Penyenggaraan Jalan, Mohd Hardy Laidin.

Pengerusi Penganjur, Ir. Ts. Brenda J. Takom dalam ucapan aluan, beliau memaklumkan objektif program tersebut adalah untuk mengajar kita tentang kepentingan kerja berpasukan dalam mencapai matlamat yang lebih besar, sama seperti dalam menjalankan tugas hakiki di cawangan yang memerlukan kerjasama dan komitmen daripada setiap ahli pasukan. Ketua Penolong Pengarah, Mohd Hardy Laidin selaku Penasihat, turut menggalakkan semangat kerja berpasukan serta mengeratkan lagi hubungan di antara kakitangan di Cawangan Penyenggaraan Jalan.

Sebanyak 6 kumpulan bertempur yang mana terdiri daripada kakitangan Cawangan Penyenggaraan Jalan (CPJ). Perlawanan itu dijuarai oleh Pasukan Peluru Tumpul yang diketuai oleh Mohd Faez Hadi, naib juara dimenangi oleh Pasukan Phantom Bayu yang diketuai oleh Ir. Ts. Symus Dimok dan tempat ketiga jatuh kepada Pasukan Flag Hunter yang diketuai oleh Nasrullah Arifuddin.

Pasukan Paintball VIP iaitu Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal, Hafez Shabuddin dan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Ukur & Sokongan Maklumat, Agku Eddie Syukri Pg Abdullah turut dijemput hadir untuk menentang Pasukan CPJ.

Acara itu berakhir dengan majlis penyampaian hadiah kepada pasukan yang menang, diikuti dengan sesi bergambar sebagai kenangan. Diharapkan inisiatif program seperti ini dapat terus diterapkan pada masa hadapan untuk meningkatkan produktiviti dan semangat kerjasama dalam sesebuah organisasi.

About The Author