KOTA KINABALU, 25 NOV – Timbalan Pengarah Sektor Bangunan, Freddy Kimbun telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan Bangunan Bil.1 2024 yang diadakan di Dewan Kinabalu, Ibu Pejabat JKR.

Mesyuarat itu dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah bagi cawangan-cawangan di bawah Sektor Bangunan serta Jurutera Bahagian dan Daerah JKR Sabah.



Cawangan Senggara Bangunan membentangkan topik yang melibatkan Building Database, Tatacara Perobohan Bangunan (Aset Negeri dan Persekutuan) dan Facility Condition Assessment. Sementara itu, Buildung Structural Condition Assessment dibentangkan oleh Cawangan Kejuruteraan Awam Struktur, Isu dan Cabaran Penyelenggaraan Bangunan Kerajaan oleh Jurutera Bahagian Kota Kinabalu serta Keperluan DP, BP & CCC Untuk Bangunan Kerajaan yang disampaikan oleh Cawangan Arkitek.
