KOTA KINABALU, 07 JAN – Delegasi Kementerian Kerja Raya Sabah yang diketuai oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Kerja Raya Sabah.


Taklimat Laporan Pelaksanaan Projek dibentangkan oleh pihak JKR Sabah yang melibatkan Laporan Perbelanjaan Projek AP182, Laporan Status Projek RP3 dan RP4, Laporan Status Keseluruhan RMK-12, Pencapaian Berimpak Tinggi serta Isu dan Cabaran.


Turut hadir, Datuk Limus Jury, Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah I, Datuk Ridhwan Roger Linus, Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah, Hassan Mahali, Timbalan Setiausaha Tetap I Kementerian Kerja Raya Sabah, Jasni Abu Suffyan Omar, Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian Kerja Raya Sabah, Datuk Philemon Lajawai, Pengarah Kerja Raya Sabah, Timbalan-Timbalan Pengarah serta Ketua-ketua Penolong Pengarah Kerja Raya Sabah.

