KOTA KINABALU, 27 & 28 JAN – “Get Things Done Right And On Time”, merupakan tema Goal Setting Workshop JKR 2025 yang dilaksanakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Program Goal Setting Workshop JKR merupakan program tahunan JKR yang diadakan setahun sekali dengan penglibatan ketua-ketua penolong pengarah, jurutera-jurutera bahagian dan jurutera-jurutera daerah.


Pembentangan Achievement & Shortfalls 2024 dan Goal Setting 2025 dilakukan oleh ketua-ketua penolong pengarah bagi cawangan masing-masing yang dipengerusikan oleh Pengarah Kerja Raya Sabah, Datuk Philemon Lajawai.




