KUALA PENYU, 28 APR – Telah diadakan Majlis Penyerahan bagi Projek Membina Masjid Daerah Kecil Menumbok, Kuala Penyu.
Sesi penyerahan projek telah disempurnakan oleh Jurutera Daerah, Darryl Ian Joinol yang turut dihadiri oleh Pengerusi Masjid, Ahmad bin Zainin dan Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Menumbok, Alester Ryan bin Ibrahim.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Jurutera Daerah selaku Wakil Pegawai Penguasa dan kerjasama yang sangat baik daripada JKR Kuala Penyu dan JKR Beaufort, serta komitmen yang baik daripada pihak kontraktor.


Semoga masjid baharu ini dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat Sabah terutamanya penduduk di daerah kecil Menumbok.
