1

TAWAU, 10 JUN – Program Ibadah Korban JKR Zon Selatan Tahun 2025 / 1446H telah disempurnakan oleh Jurutera Bahagian Kawasan Selatan, Mohammad Izam bin Jamal dan diiringi oleh Jurutera Daerah Kunak, Siti Asmah binti Munir serta delegasi JKR Zon Selatan yang terlibat.

Dalam program ini, proses penyembelihan dan melapah dilaksanakan secara gotong royong oleh kakitangan JKR Tawau dan peserta yang hadir. Daging korban ini telah diagihkan kepada semua kakitangan yang terlibat dan golongan yang memerlukan.

Berkorban merupakan salah satu ibadah yang agung sebagaimana yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS kepada anaknya Nabi Ismail AS bagi memenuhi perintah Allah SWT. Rentetan daripada peristiwa inilah disyariatkan untuk kita melaksanakan ibadah korban. Ibadah korban merupakan satu ibadah yang agung dan ganjaran yang disediakan amat besar bagi orang-orang yang melaksanakan ibadah ini.

Program ini berakhir dengan bacaan doa selamat dan jamuan kesyukuran untuk semua petugas bersama peserta korban yang hadir di Dewan Silimpopon, JKR Tawau.

About The Author