TAWAU, 17 JUL – Mengakhiri siri lawatan kerja rasmi di negeri Sabah, Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan ditemani Datuk Dr. Mohd Rezal bin Jaafar, Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri berserta rombongan melakukan lawatan ke JKR Tawau yang disambut oleh Jurutera Bahagian Tawau, Mohammad Izam bin Jamal.


Selain mendengar taklimat ringkas daripada Jurutera Bahagian dan Jurutera Awam, Mahran Raisah Mohd Siri mengenai perkembangan semasa mengenai operasi dan perkembangan projek di bawah seliaan pihak JKR Tawau, YB Timbalan Menteri juga sempat beramah mesra bersama pegawai dan kakitangan JKR Tawau.

Diharapkan dengan adanya lawatan seperti ini dapat menyampaikan mesej yang jelas mengenai keperluan bagi pembangunan infrastruktur di negeri Sabah demi kesejahteraan rakyat.
