KOTA KINABALU, 17 JUL – Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JKR Sabah bagi Tahun 2024 membawa tema, ‘Memacu Teknologi, Memperkasa Integriti’ telah disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya Sabah, YB Datuk Ir. Shahelmey Yahya bertempat di The Pacific Sutera Hotel.


Seramai 99 Pesara, 66 Employee Of The Year (EOTY), 150 Penerima APC serta Anugerah Khas, iaitu, Anugerah Pengurusan Tapak Kerja dan Pembinaan Projek Terbaik 2025 (Wakil Pegawai Penguasa), Anugerah Pengurusan Tapak Kerja dan Pembinaan Projek Terbaik 2025 (Koordinator Projek) dan Anugerah Tadbir Urus Rekod Terbaik 2025 telah disampaikan dalam majlis tersebut.




Hadir sama, Setiausaha Tetap KKRS, Datuk Ridhwan Roger Linus, Jasni Abu Suffyan bin Omar, TSUT II KKRS, Datuk Ir. Philemon Lajawai, Pengarah Kerja Raya Sabah, Ir. Mohammad Safri bin Abdul Habi, Pengarah Jabatan Keretapi Negeri Sabah, Timbalan-timbalan Pengarah Kerja Raya, Ketua-ketua Penolong Pengarah dan Jurutera-jurutera Bahagian / Daerah.
