Screenshot 2025-07-23 085935

KOTA KINABALU, 30 JUN-2 JUL – Bahagian Kewangan, Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKRM) telah menganjurkan Program Sesi Diskusi Meja Bulat : Tatakelola Pelaksanaan Projek (Mitigasi Pembayaran Di Bawah Arahan Perbendaharaan 59 [AP 59] Siri 2 Tahun 2025 (Zon Sabah) bertempat di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu.

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada Ketua Jabatan di KKR/JKR Negeri Sabah termasuklah Ketua Pasukan Projek (Head of Project Team, HOPT) dan Pegawai Penyelaras/Pelaksana Projek berhubung tatakelola pelaksanaan projek yang teratur bagi memitigasi pembayaran di bawah AP 59 pada masa hadapan.

Objektif khusus program ini adalah seperti berikut :

i. memberi pendedahan dan pemahaman yang mendalam terhadap tatakelola pelaksanaan projek yang melibatkan pengurusan perolehan, pentadbiran kontrak dan pengurusan kewangan;

ii. mendedahkan peserta kepada kes ketidakpatuhan yang berlaku yang menjurus kepada kenaan secara pendahuluan diri AP 59;

iii. mengenal pasti dan membincangkan punca berlakunya ketidakpatuhan peraturan kewangan yang berkuat kuasa melalui perbincangan secara kajian kes; dan

iv. mencadangkan penambahbaikan sebagai input untuk penyediaan draf garis panduan dalaman tatakelola pelaksanaan projek.

Penglibatan peserta adalah seramai 6 kakitangan dari Kementerian Kerja Raya dan 42 kakitangan dari Jabatan Kerja Raya Sabah.

About The Author