TAWAU& KUNAK, 22 – 25 JUL – Cawangan Penyenggaraan Jalan telah melaksanakan lawatan pemantauan ke daerah Tawau dan Kunak yang disertai oleh syarikat konsesi Globinaco dan YTO Group.


Taklimat Lawatan Pemantauan Kerja-Kerja Penyenggaraan Rutin dilakukan terlebih dahulu sebelum menuju ke tapak lawatan. Dalam taklimat itu juga, Pemeriksaan Dokumen-Dokumen Bagi Kerja-Kerja Penyenggaraan Rutin dan Berkala disampaikan bagi tujuan kelancaran sesi pemantauan dilaksanakan.


Taklimat Penemuan Hasil Lawatan Pemantauan Kerja-Kerja Penyenggaraan Rutin turut dilakukan sebaik sahaja sesi pemantauan selesai dijalankan.
