IMG_5737

PUTATAN, 01 OGOS – Cawangan Kejuruteraan Elektrikal telah menganjurkan Sesi Libat Urus bersama Suruhanjaya Tenaga Sabah yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal, Hafez Shabuddin.

Antara agenda perbincangan adalah keperluan Ecos untuk projek-projek di bawah JKR yang melibatkan Pepasangan Elektrik, Program Kekompetenan Terhad serta hal-hal lain berkaitan dengan Kerja-kerja Berhampiran Pepasangan Elektrik, Pepasangan JKR (Lampu Jalan) dan Kemalangan Renjatan Elektrik.

ECoS merupakan badan berkanun Kerajaan Negeri Sabah dan pengawal selia bagi sektor tenaga meliputi Bekalan Gas dan Bekalan Elektrik Di Pantai (termasuk Tenaga Boleh Diperbaharui).

About The Author