WhatsApp Image 2025-11-05 at 15.53.41_9ca9c151

TAWAU, 5 NOV – Jurutera Bahagian JKR Tawau, Mohammad Izam bin Jamal, bersama wakil-wakil dari JKR Lahad Datu, JKR Semporna dan JKR Kunak, menjemput baik kunjungan daripada wakil MTS Fibromat, Vince Ng untuk menyampaikan Taklimat Berkenaan Produk Kawalan Hakisan yang diadakan di Bilik Mesyuarat JKR Tawau.

Dalam taklimat tersebut, pihak MTS Fibromat telah berkongsi beberapa teknik dalam mengawal hakisan yang berlaku di tapak seperti penggunaan Hydroseeding, Hydromulching, Erosion Control Blanket dan beberapa lagi teknik yang lain.

Dalam sesi tersebut, para hadirin dapat mengetahui teknologi terkini yang diguna pakai dalam mengawal hakisan cerun dalam masa yang sama mengekalkan kelestarian alam.

Turut hadir, pihak konsesi dan kontraktor yang dlantik.

About The Author