SEMPORNA, 16 JAN – JKR Semporna telah melaksanakan Program Gotong-Royong di perkarangan pejabatnya sebagai usaha memupuk budaya kebersihan dan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif.

Program ini telah dijayakan oleh Ketua Biro Kebersihan dan Keceriaan JKR Semporna, Nur Laila Alimudin, bersama kakitangan serta empat (4) orang pelajar Latihan Industri (LI).
Sementara itu, Jurutera Daerah, Ir. Lim Dixon Amando berharap agar program gotong-royong seumpama ini dapat diteruskan secara berterusan sepanjang tahun bagi memastikan tahap kebersihan dan keceriaan pejabat sentiasa berada pada tahap yang memuaskan.

