23 FEB – 12 MAC – Persatuan Kakitangan Islam JKR Sabah telah melaksanakan Program Jelajah Ramadan yang bermula di Pejabat Sektor Lebuhraya Pan Borneo mewakili Zon Pantai Barat Tengah, JKR Kota Marudu mewakili Zon Utara, JKR Tenom mewakili Zon Pedalaman, JKR Kinabatangan mewakili Zon Timur, JKR Tawau mewakili Zon Selatan, JKR Ranau mewakili Zon Pantai Barat Utara dan berakhir di JKR Kuala Penyu mewakili Zon Pantai Barat Selatan.



Antara pengisian program itu ialah majlis berbuka puasa, solat berjemaah, program ceramah dan penyampaian sumbangan kebajikan.



