Picture3

KOTA KINABALU, 18 MAC – Pengarah Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Ts. Philemon Lajawai telah mempengerusikan mesyuarat itu yang dihadiri oleh Timbalan Pengarah Sektor Jeraya, Hafez bin Shabuddin, Ketua-ketua Penolong Pengarah, Jurutera-jurutera Bahagian dan Jurutera-Jurutera Daerah.

Dalam mesyuarat tersebut, Datuk Pengarah menyarankan agar mesyuarat seumpama itu diadakan setiap bulan berbanding dengan mesyuarat sebelum ini yang diadakan setiap 3 bulan. Mesyuarat tersebut bertujuan membincangkan hala tuju berkaitan dengan penyenggaraan jalan di bawah seliaan JKR Sabah di peringkat daerah kususnya, yang mana dalam peringkat pelaksanaan, mahupun masih dalam peringkat perancangan, isu-isu berkaitan dan perbincangan penyelesaian minit mesyuarat yang lalu.

Mesyuarat Pemantauan Konsesi turut diadakan bertujuan membincangkan pencapaian pengurusan jalan oleh pihak konsesi yang terlibat dalam pengurusan penyenggaraan jalan Persekutuan dan Negeri dibawah seliaan JKR Sabah. 

About The Author