5

SEMPORNA, 29 MEI – Jabatan Kerja Raya (JKR) Semporna telah berjaya menganjurkan Program Ibadah Korban JKR Semporna 1447H/2026M yang berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang di perkarangan pejabat.

Program ini disertai oleh kakitangan JKR Semporna bersama ahli keluarga masing-masing. Sebanyak dua (2) ekor lembu telah dikorbankan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Pelaksanaan program ini telah dijayakan dengan kerjasama kakitangan JKR Semporna, para peserta yang terdiri daripada ahli keluarga kakitangan, pelajar-pelajar praktikal serta amil dan penyembelih jemputan, iaitu Encik Abbas. Semangat kerjasama dan gotong-royong yang ditunjukkan oleh semua pihak telah memastikan program berjalan dengan lancar dan teratur.

Penganjuran program ini bukan sahaja memenuhi tuntutan ibadah korban, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga JKR Semporna serta memupuk semangat kebersamaan dan saling membantu.

Adalah diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuhkan ukhuwah dan semangat kekitaan dalam kalangan warga jabatan. Semoga segala ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT serta membawa keberkatan kepada semua yang terlibat.

About The Author