1

KOTA KINABALU, 23 JUN – Cawangan Kejuruteraan Automotif telah menganjurkan Majlis Sambutan Persaraan bagi meraikan jasa dan sumbangan Jackson Soliman dan Robert Santi, masing-masing mantan Ketua Penolong Pengarah Kanan dan Penolong Pengarah di cawangan tersebut. Majlis yang berlangsung di Airways Cafe telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Khidmat Teknikal, Dato’ Mohd Shamsul Nizam bin Abdul Wahid, yang turut menzahirkan penghargaan atas jasa dan sumbangan para pegawai sepanjang tempoh perkhidmatan mereka bersama JKR Sabah.

Majlis turut menyaksikan sesi serahan tugas kepada Penolong Pengarah Cawangan Kejuruteraan Automotif JKR Sabah, Ir. Ts. Petrus Chin, sebagai simbolik kesinambungan kepimpinan serta komitmen berterusan dalam memperkukuh kecemerlangan pengurusan cawangan. Pada majlis yang sama, penghargaan turut disampaikan kepada mantan Ketua Pusat Servis Kenderaan Kerajaan atas khidmat bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.

Majlis yang dihadiri oleh seluruh warga kerja Cawangan Kejuruteraan Automotif JKR Sabah ini berlangsung dalam suasana penuh mesra dan penghargaan. Penganjuran majlis ini mencerminkan penghormatan serta penghargaan jabatan terhadap jasa dan dedikasi para pegawai yang telah banyak menyumbang kepada kecemerlangan organisasi.

“Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama” — jasa dan bakti yang dicurahkan sepanjang perkhidmatan akan sentiasa dikenang dan menjadi inspirasi kepada generasi penerus.

About The Author