KUDAT, 23 JUN – Cawangan Teknikal & Kawalan Kualiti, Sektor Lebuhraya Pan Borneo dengan kerjasama Cawangan Makmal dan Penyiasatan Tapak, telah menganjurkan Program Pemantapan Makmal Tapak Pan Borneo bermula pada 23 Jun sehingga 25 Jun di Pejabat Tapak WP14.

Program ini bertujuan untuk memperkukuh kompetensi dan keupayaan kakitangan makmal tapak dalam melaksanakan kerja-kerja pengujian makmal dan penyiasatan tapak mengikut prosedur serta spesifikasi yang ditetapkan.

Objektif program ini adalah untuk mengukuhkan pelaksanaan amalan Quality Assurance (QA) di tapak projek dengan meningkatkan kemahiran dan keyakinan pasukan tapak dalam melaksanakan ujian di makmal tapak secara berkesan.
Untuk mengurangkan kebergantungan terhadap makmal pusat JKR dengan memastikan keputusan ujian yang djalankan di makmal tapak adalah tepat, boleh dipercayai dan selaras dengan keperluan teknikal. Meningkatkan kecekapan dan pengetahuan teknikal peserta, khususnya juruteknik makmal yang kurang berpengalaman dalam melaksanakan ujian berdasarkan prosedur dan piawaian spesifikasi JKR yang ditetapkan.

Antara peserta yang terlibat terdiri daripada kakitangan teknikal JKR yang terlibat secara langsung dalam kerja penyeliaan dan kawalan kualiti Projek Pan Borneo, perunding dan kontraktor bagi pakej WP09, WP11,WP12,WP13 dan WP14 yang bertanggungjawab di Makmal Tapak.

