KOTA KINABALU, 8 JUL – Satu seminar bertajuk “Know Your Salient Terms of PWD 203 & 203A Contract on Extension of Time, Variation Orders and Payment” telah diadakan pada 8 hingga 9 Julai 2026 bertempat di Hotel Sheraton, Kota Kinabalu.


Seminar anjuran Cawangan Ukur Bahan dan Cawangan Institut Latihan ini memberi pendedahan dan pemahaman kepada para peserta berkaitan terma-terma penting dalam kontrak PWD 203 dan 203A, khususnya melibatkan isu lanjutan masa (Extension of Time), Arahan Perubahan Kerja (Variation Orders) serta pembayaran (Payment).


Pelaksanaan seminar ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta dalam aspek pengurusan kontrak, seterusnya membantu memastikan urusan pentadbiran serta pelaksanaan projek dilaksanakan dengan lebih teratur, cekap dan selaras dengan ketetapan kontrak yang berkuat kuasa.

