1

KOTA KINABALU, 17 JUL – Cawangan Institut Latihan telah berjaya menganjurkan Kursus Perpaipan Siri 3/2026 yang berlangsung selama lima hari, bermula 13 sehingga 17 Julai yang lalu.

Kursus yang dilaksanakan secara bulanan dan “In-House” ini telah menerima peserta dari JKR Tuaran.

Kursus Perpaipan ini direka khas untuk memberikan pendedahan menyeluruh kepada para peserta, merangkumi kedua-dua aspek teori dan latihan praktikal.

Objektif utama program ini adalah untuk membekalkan para peserta dengan pengalaman hands-on serta kemahiran asas dalam bidang pertukangan perpaipan.

Melalui kemahiran yang diterapkan, adalah diharapkan peserta kini berupaya dan berpengalaman untuk mengawasi kerja-kerja pemasangan paip di tapak bina.

Pengujian tekanan (pressure testing) dilaksanakan bagi setiap hasil projek yang telah disiapkan bagi memastikan kerja-kerja pertukangan dilaksanakan mengikut standard yang ditetapkan.

Ketua Penolong Pengarah (KPP) Institut Latihan, Azman bin Jamrin, di dalam ucapan penutupan program menyatakan kejayaan penganjuran siri kali ini membuktikan komitmen berterusan cawangan ini dalam memastikan misi pembelajaran yang berterusan untuk semua warga JKR Sabah dapat dicapai.

About The Author