Screenshot 2026-07-29 145913

KOTA KINABALU, 14 JUL – Taklimat Pelaksanaan Building Information Modelling (BIM) telah diadakan di Makmal BIM, Ibu Pejabat JKR yang disampaikan oleh Ir. Ts. Mohd Faiz bin Shapiai, Jurutera Awam Kanan, Unit BIM, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, JKR Malaysia, bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman warga Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah mengenai konsep, kepentingan serta keperluan pelaksanaan BIM dalam projek pembangunan.

Program ini turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai proses pelaksanaan BIM, dokumen utama seperti BPEP serta peranan setiap pihak dalam memastikan pelaksanaan BIM berjalan secara sistematik dan berkesan.

Selain itu, taklimat ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman tentang penguatkuasaan Pekeliling Perbendaharaan PK 1.15 berkaitan Pelaksanaan Building Information Modelling (BIM), sekali gus memperkukuh kesiapsiagaan JKR Sabah ke arah pendigitalan penyampaian projek, meningkatkan koordinasi antara disiplin, serta menghasilkan penyampaian projek yang lebih cekap, berkualiti dan berdaya saing.

Hadir sama, Ir. Ahmad Ridzuan bin Abu Bakar, Jurutera Awam Penguasa Kanan/Ketua Unit BIM, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, JKR Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Ukur dan Sokongan Maklumat, Ir. Ts. Andy Faizal bin Sahapadin, pegawai Unit BIM, Jurutera Awam, Ain Syarah Syahindah binti Siraja, Penolong Jurutera, Alvira binti Salami dan Brenda Martin. Taklimat itu juga disertai oleh beberapa pegawai yang lain.

About The Author