KOTA KINABALU, 28 JUL – Jawatankuasa Pilihan Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi, Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia yang diketuai oleh YB Dato Ir. Hj. Yusof bin Abd Waha, Ahli Parlimen Tanjong Manis, telah mengadakan lawatan kerja ke Sabah bagi meninjau status pelaksanaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah.

Sepanjang lawatan tersebut, delegasi telah diberikan taklimat mengenai perkembangan projek oleh Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Pembinaan dan Pemantauan, Br. PMr. Vitus Dee Aegidius sebelum mengadakan lawatan ke tapak Projek Lebuh Raya Pan Borneo Pakej Kerja 07, iaitu Menaiktaraf Jalan dari Inanam ke Sepanggar.


Lawatan ini bertujuan menilai kemajuan pelaksanaan projek serta mengenal pasti isu-isu berkaitan, termasuk utiliti, pengambilan tanah dan penyelarasan antara kementerian serta agensi yang terlibat.




