KENINGAU, 7 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR) Keningau telah melaksanakan Program Pemusnahan Rekod Awam/Kewangan dengan kerjasama Cawangan Sumber Manusia (CSM) JKR Ibu Pejabat, Arkib Negeri Sabah dan Jabatan Bendahari Negeri Sabah (JBNS).

Program ini bertujuan memastikan rekod awam dan kewangan yang telah tamat tempoh penyimpanan dilupuskan mengikut peraturan yang berkuat kuasa, sekali gus menyokong pengurusan rekod yang lebih sistematik, cekap dan berintegriti.

Program tersebut telah disertai oleh wakil CSM JKR Ibu Pejabat, wakil Arkib Negeri Sabah, JKR Keningau serta wakil Jabatan Bendahari Negeri Sabah (JBNS).
Pelaksanaan program berjalan dengan lancar melalui kerjasama erat semua pihak yang terlibat, sekali gus mencerminkan komitmen JKR Keningau dalam memperkukuh tadbir urus pengurusan rekod serta memastikan pematuhan kepada prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

