TAMBUNAN, 5 OGOS – JKR Tambunan telah mengadakan Program Pemusnahan Rekod Awam/Kewangan bersama Cawangan Sumber Manusia (CSM) JKR Ibu Pejabat, Arkib Negeri Sabah dan Jabatan Bendahari Negeri Sabah (JBNS).

Program ini bertujuan memusnahkan rekod awam/kewangan yang telah tamat tempoh penyimpanan mengikut peraturan yang berkuat kuasa, di samping menjimatkan ruang penyimpanan serta memastikan pengurusan rekod jabatan sentiasa sistematik dan teratur.

Program ini telah dihadiri oleh wakil CSM JKR Ibu Pejabat iaitu Jeludin Dullah, Datu Farid Firdaus bin Datu Japrin dan Mohd Azlan Abdul Ahmid, wakil Arkib Negeri Sabah, Sabariwah Hj. Majwin, Jurutera Daerah, Ir. Ts. Calvin Jones Justin bersama Mac Lester Martin, Daniel Leonard, Martina Michael dan Doris Anthony dari JKR Tambunan, serta wakil Jabatan Bendahari Negeri Sabah (JBNS) iaitu Muffenely Muhammad, M. Fathi bin Hairumi dan Chelwinder Tommy.

Program telah berlangsung dengan lancar hasil kerjasama semua pihak dalam memastikan proses pemusnahan rekod dilaksanakan mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.

