PUTATAN, 31 JUL – Cawangan Kejuruteraan Automotif telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Kenderaan Kerajaan Negeri bertempat di Bilik Mesyuarat Cawangan Kejuruteraan Automotif, JKR Putatan pada 31 Julai 2026.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP) Cawangan Kejuruteraan Automotif, Ir. Ts. Petrus Chin yang dihadiri oleh para Jurutera Mekanikal (ME) serta Penolong Jurutera Mekanikal (AME) dari pelbagai daerah.
Mesyuarat ini diadakan sebagai platform untuk memperkukuh penyelarasan dan meningkatkan keberkesanan pengurusan kenderaan Kerajaan Negeri, khususnya dalam aspek pengurusan, penyelenggaraan, penggunaan serta pemantauan kenderaan di peringkat daerah.

Selain itu, perbincangan turut memberi tumpuan kepada isu-isu berkaitan pengurusan kenderaan yang dihadapi di lapangan serta langkah-langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi memastikan kenderaan Kerajaan Negeri sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan sesuai digunakan bagi menyokong penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Melalui mesyuarat ini, Cawangan Kejuruteraan Automotif berharap agar kerjasama dan penyelarasan antara pihak Cawangan dengan para Jurutera Mekanikal dan Penolong Jurutera Mekanikal di daerah dapat diperkukuhkan. Pendekatan secara bersepadu ini penting bagi memastikan pengurusan kenderaan Kerajaan Negeri dilaksanakan dengan lebih sistematik, cekap dan teratur.
Mesyuarat berakhir dengan sesi rumusan dan perbincangan lanjut bagi memastikan tindakan susulan terhadap perkara-perkara yang telah dibincangkan dapat dilaksanakan dengan sewajarnya.
