Screenshot 2026-08-12 120934

KOTA KINABALU, 11 OGOS – JKR Sabah telah menerima kunjungan hormat daripada LBC Resources yang diketuai oleh Pengerusi, Datuk Junaidy, semalam.

Tujuan kunjungan itu adalah untuk memperkenalkan produk U-Drain Fiber Reinforced Polymer (FRP). Produk ini direka dengan kekuatan struktur yang tinggi serta mempunyai kapasiti galas beban yang sesuai bagi kegunaan trafik berat. Selain itu, ia juga tahan terhadap kakisan, asid, alkali dan proses pengoksidaan, sekali gus memastikan ketahanan jangka panjang.

Pengarah Kerja Raya Sabah, Baharuhom K.K Sogon mempengerusikan mesyuarat itu yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Sektor Jeraya, Hafez Shabuddin, Mohd Hardy Laidin@Saidin, KPP/Penyenggaraan Jalan, Ts. Adzizah@Suzianah Akul, KPP/Pembangunan dan Korporat serta wakil daripada cawangan Jalanraya, Projek Jalan Luar Bandar, Lebuhraya, Pembinaan & Pemantauan (Sektor Lebuhraya Pan Borneo), Projek Bangunan serta Senggara Bangunan.

About The Author