KOTA MARUDU, 2 OKT – JKR Kota Marudu telah mengadakan Mesyuarat Kakitangan Bil. 3/2026 yang dipengerusikan oleh Jurutera Daerah Kota Marudu, Ir. Ts. Gs. Mohd Fauzi Zikiri.

Sejurus selepas mesyuarat tersebut, turut diadakan Majlis Suai Kenal Ketua Unit Akaun JKR Kota Marudu yang baharu.

Dalam kesempatan tersebut, Ir. Ts. Gs. Mohd Fauzi Zikiri mengucapkan selamat datang dan selamat berkhidmat kepada Deari Mally Kisi, yang akan menjalankan tugas selaku Ketua Unit Akaun JKR Kota Marudu.

Semoga kehadiran beliau dapat memperkukuh lagi pengurusan kewangan dan pentadbiran pejabat, di samping meneruskan kerjasama erat serta semangat berpasukan dalam kalangan warga kerja ke arah penyampaian perkhidmatan yang terbaik.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Jurutera Kerja, Ts. Christine Madatang; Penolong Jurutera Kanan, Ahmad Mahmud dan Muhd Safri; Penolong-Penolong Jurutera; Ketua-Ketua Unit; serta warga kerja JKR Kota Marudu.

Selamat datang dan selamat menjalankan tugas di JKR Kota Marudu.
