TENOM-KENINGAU, 13 Okt — Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, mengadakan lawatan kerja selama dua hari ke Tenom dan Keningau, 12 dan 13 Oktober 2026, bagi meninjau beberapa projek berkaitan kerja raya dan utiliti. Lawatan turut melibatkan taklimat daripada Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd. serta lawatan ke tapak projek.

Di Keningau, beliau meninjau Projek Menggantikan Pembetung Kepada Jambatan Kekal di KM 133.95, Jalan Kota Kinabalu-Keningau. Pada hari kedua, Dr. Joachim menerima taklimat daripada Jabatan Kerja Raya, Jabatan Air Sabah dan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah sebelum melawat Projek Jalan Keningau Relief Road serta Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Keningau di Kampung Bunga Raya.



Lawatan kerja itu turut merangkumi tinjauan ke Projek Menggantikan Pembetung Kepada Jambatan di KM 113.0, Jalan Kota Kinabalu-Keningau. Dr. Joachim bersama rombongan dijadualkan bertolak pulang ke Kota Kinabalu pada jam 2 petang selepas selesai lawatan berkenaan.



