7

KOTA KINABALU, 25 OKT – Pasukan JKR Elite Ladies berjaya meraih tempat ketiga dalam Kejohanan Bowling Piala PUSPANITA Cawangan Sabah 2026 yang berlangsung di KK Galaxy Bowl, Centre Point, Kota Kinabalu. Kejohanan yang disertai 43 pasukan itu telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datin Hajah Siti Yuslaini binti Haji Mohd Samsuri, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sabah.

Pasukan JKR Elite Ladies diwakili oleh Fazilah Hj Ansawi (JBKK), Siti Suhana Angoh (Elektrikal), Siti Aisyah Hassan (Elektrikal) dan Nurfazrina Syzwin Jasri (Elektrikal). Pencapaian ini mencerminkan semangat berpasukan dan komitmen para peserta dalam mengharumkan nama jabatan di samping mengeratkan hubungan silaturahim melalui aktiviti sukan.

Juara kejohanan jatuh kepada pasukan PCS 1 dan tempat kedua dimenangi oleh pasukan Srikandi Hasil.

About The Author