• Julai 2, 2022
  • 4274

Majlis Perasmian Bangunan Baharu SK Kampung Brunei, Membakut

Majlis Perasmian Bangunan Baharu SK Kampung Brunei, Membakut

MEMBAKUT, 30 JUN – Yang Berhormat Datuk Mohamad Haji Alamin, Timbalan Menteri Pendidikan II, merasmikan Bangunan Baharu SK Kampung Brunei, Khamis lalu.

“Banyak lagi projek gantian penuh sekolah daif di Sabah sedang dalam pembinaan. Saya optimis pihak JKR dan kontraktor akan menyiapkan kerja-kerja ini dengan baik mengikut jadual yang ditetapkan”.

“Semoga dengan adanya bangunan sekolah baharu ini ia memberi impak positif untuk guru-guru dan murid lebih bersemangat, seterusnya pencapaian akademik dapat ditingkatkan”, kata beliau selepas perasmian pada pagi itu.