• Jun 27, 2022
  • 5319

Program Lawatan Cold In Place Recycling (CIPR)

Program Lawatan Cold In Place Recycling (CIPR)

Sapulut – Kalabakan, 2 Jun – Program lawatan sambil belajar Cold In Place Recycling (CIPR) telah dilaksanakan di Jalan Sapulut-Kalabakan bermula pada pukul 10.00 pagi yang dilaksanakan oleh (SPM) Stabilised Pavement (Malaysia) Sdn. Bhd.

Program ini dilaksanakan untuk memberi pengenalan tentang kaedah pembaikan jalan raya yang terbaru iaitu CIPR. Antara yang terlibat dalam program ini adalah daripada Jurutera Daerah dan kakitangan JKR setiap Daerah Bahagian Kawasan Selatan (Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu). Selain itu,  pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat JKR Kota Kinabalu turut hadir sama dalam menjayakan program ini. Syarikat Konsesi Globinaco serta pelajar-pelajar latihan industri dari JKR Bahagian KawasanSelatan dan dari Syarikat Globinaco turut terlibat dalam program ini.

Pegawai dari ibu pejabat yang hadir dalam program ini adalah Penolong Pengarah Tuan Nasrullah Arifuddin, manakala Jurutera Daerah yang terlibat adalah Puan Ir. Aishahturizdah Ashgul (Jurutera Bahagian Kawasan Selatan), Puan Sitti Khalizah Abd Razak (Wakil JKR Semporna), Tuan Syed Abdullah (JKR Kunak), Tuan Mohammad Izam Jamal (JKR Lahad Datu).

Jurutera Bahagian Kawasan Selatan, Puan Ir. Aishahturizdah Ashgul menjadi penggerak utama dalam menjayakan program ini. Manakala Wakil daripada Stabilised Pavement (Malaysia) Sdn. Bhd. memberikan taklimat berkenaan CIPR.

Objektif pelaksanaan program ini bukan sahaja memberi pengenalan berkenaan kaedah terbaru untuk membaik pulih jalan raya, malahan ianya adalah untuk memberikan pengalaman dan pendedahan baru tentang bagaimana caranya mesin pembaik pulih jalan raya itu berfungsi. Selain itu juga, memupuk sifat ingin tahu dalam sesuatu pekerjaan seperti yang dijelaskan semasa sesi taklimat berkenaan CIPR.