• Julai 2, 2022
  • 4325

Majlis Reunion JKR Kunak Tahun 2022

Majlis Reunion JKR Kunak Tahun 2022

KUNAK, 1 JULAI – JKR Kunak telah mengadakan Majlis Reunion JKR Kunak yang bertemakan Silaturrahim Tautan Hati.

Tema ini merupakan cetusan idea mantan kakitangan JKR Kunak, Puan Noraida Abdidin dengan niat suci murni dalam mengeratkan silaturrahim di antara alumni JKR Kunak dan kakitangan JKR Kunak yang masih berkhidmat.

Turut hadir, Jurutera Daerah Kunak, Syed Abdullah Syed Abas, Kipli Dullah , Mohd Ryansyah Suriansyah, Hasidi Harun, mantan Jurutera Daerah JKR Kunak, Ir. Ajin bin Gagah dan Pegawai Kerja JKR Kunak, Kwan Kee Ming serta kakitangan JKR Kunak yang lain.