• Julai 7, 2022
  • 4383

Mesyuarat Bulanan Kakitangan JKR Semporna

Mesyuarat Bulanan Kakitangan JKR Semporna

SEMPORNA, 6 JULAI – Mesyuarat Bulanan Kakitangan JKR Semporna telah diadakan dan dipengerusikan oleh Jurutera Daerah Semporna, Mohd Fauzi Zikri.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh semua kakitangan JKR Semporna dan pelatih industri.

Dalam mesyuarat tersebut juga, beliau mengalu-alukan kehadiran seorang pelatih industri yang merupakan mahasiswa Kolej Universiti Antarabangsa Islam Selangor (KUIS) dalam bidang Pengurusan Kewangan. Beliau akan menjalani latihan industri di JKR Daerah Semporna selama empat (4) bulan.

Selain itu, Jurutera Daerah mengucapkan syabas dan tahniah kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan penerima Employee of The Year 2021 kepada kakitangan yang telah dipilih oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia.

Semoga dengan penerimaan anugerah tersebut dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada semua warga kerja JKR Semporna untuk terus konsisten dan sentiasa meningkatkan prestasi dalam melaksanakan tugas.