• Julai 28, 2022
  • 4484

Karnival Sukan JKR-Semalaysia Johor 2022

Karnival Sukan JKR-Semalaysia Johor 2022

JOHOR, 24 JULAI – Majlis Penutupan Karnival Sukan JKR-Semalaysia Johor dan Penyampaian Hadiah telah berlangsung pada Ahad lepas bertempat di Kompleks Sukan EduCity, Iskandar Puteri, Johor.

Sebanyak 8 acara sukan yang dipertandingkan dalam karnival ini iaitu Bola Sepak, Bola Tampar, Badminton, Bola Jaring, Ping Pong, Takraw, Tenpin Bowling dan Golf dengan penglibatan 16 negeri dan 3 wilayah persekutuan untuk merebut juara keseluruhan.

Untuk rekod, kedudukan JKR Sabah dalam Karnival Sukan JKR-Semalaysia Johor adalah di tempat ke-2 daripada 19 penglibatan JKR negeri dan wilayah persekutuan. JKR Sabah berjaya memungut 2 pingat emas, 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa.

Usaha, masa dan tenaga yang dicurahkan mampu memberikan pulangan yang memberangsangkan seterusnya menjadi pendorong untuk terus menyuntik semangat warga JKR Sabah dalam memberikan prestasi yang terbaik ke arah kecemerlangan sukan JKR Sabah secara keseluruhannya.

Juara keseluruhan telah dimenangi oleh JKR Johor yang berjaya memungut 3 pingat emas, 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Tempat ketiga jatuh kepada JKR Kelantan yang membawa pulang 1 pingat emas dan 2 pingat gangsa.