12

TENOM, 5 OGOS – Jkr Tenom telah menganjurkan aktiviti gotong-royong bagi menceriakan kawasan pejabat, menjaga kebersihan kawasan dan menghapus kawasan pembiakan nyamuk.

Aktiviti gotong royong ini diketuai oleh Penolong Jurutera, Encik Mohd. Rafie @ Johny John Tinus bagi mewakili Jurutera Daerah. Acara senamrobik dilakukan terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti gotong-royong.

Aktiviti ini melibatkan kakitangan Jkr Tenom dan para pelatih industri yg menjalani latihan industri di jabatan ini. Majlis ini adalah anjuran bersama Program Kecergasan dan Program Keceriaan Jkr Tenom.

About The Author